Program Info On Wheels Perjelas Bahaya COVID-19 Dan Pentingnya Vaksinasi Kepada Penduduk

RABU, 26 MEI 2021

LUNDU : Program Info On Wheels anjuran Pihak Jabatan Penerangan Daerah Lundu telah dijalankan di kampung-kampung dalam daerah berkenaan pada Selasa, atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lundu.

Antara kampung-kampung yang terlibat bagi tujuan hebahan awam mengenai bahaya COVID-19 itu adalah Kampung Biawak, Kamoung Jantan, Kampung Jangkar serta Kampung Pasir Tengah.

Hebahan juga merangkumi makluman berkenaan pendaftaran serta gesaan untuk mendapatkan vaksin COVID_19 dan makluman Prosedur Operasi Standard (SOP) Perayaan Gawai.

Selain itu, risalah dan poster berkenaan Vaksinasi COVID-19 juga turut diedarkan.

Program sedemikian sememangnya mendapat penerimaan daripada penduduk setempat memandangkan ada di antara mereka masih belum jelas mengenai makluman mahupun informasi terkini mengenai wabak tersebut dan usaha itu sedikit sebanyak menyedarkan mereka agar lebih berwaspada. -EDISI UKAS

Share

add comment