RABU, 26 MEI 2021
LAWAS: Sebanyak 10 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari yang terjejas akibat banjir menerima bantuan makanan daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari pada Selasa.
10 buah kampung tersebut ialah Pekan Sundar 32 Ketua Isi Rumah (KIR), Kampung Luagan 82 KIR, Kampung Bangkiai 90 KIR, Kampung Baru 164 KIR, Kampung Sebelah Baru 35 KIR, Kampung Tanjung Pagar 99 KIR, Kampung Tanjung Bakong 71 KIR, Rimbunan Kasih 23 KIR, Kampung Sinampuan Baru 37 KIR dan Kampung Meriting 47 KIR.
Sumbangan bantuan makanan telah disampaikan Ketua Kampung Amran Basir yang mewakili Pusat Khidmat DUN Bukit Sari kepada setiap Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK). -EDISI UKAS