Sumbangan Bantuan Makanan Kepada Penduduk Rumah Jhonson Seduku Yang Dikuarantin

RABU, 26 MEI 2021

LINGGA: Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat P201 Batang Lupar telah menghantar bantuan makanan kepada 32 pintu penduduk yang dikuarantin di Rumah Jhonson Seduku Lingga, pada Selasa.

Pengagihan bantuan makanan telah disampaikan oleh Penyelaras Kawasan DUN Lingga, Zeliha Jamal kepada wakil tuai rumah.

Bantuan tersebut adalah susulan daripada keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sri Aman mengarahkan penduduk rumah panjang untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa 23 Mei lepas hingga 5 Jun 2021. –EDISI UKAS

Share

add comment