Tiga Agensi Jayakan Program ‘Community Policing’ 2021 Daerah Dalat

RABU, 26 MEI 2021

DALAT: Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan dan Pejabat Daerah Dalat terlibat dalam menjayakan hari pertama Program ‘Community Policing’ 2021 Daerah Dalat yang bermula pada Selasa.

Program diadakan di Dewan Rantau Panjang itu disertai seramai 16 peserta yang terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan Setiausaha setiap JKKK.

Taklimat lebih memfokuskan kepada penekanan peranan KMKK dalam memastikan pematuhan komuniti Iban terhadap garis panduan (SOP) Hari Gawai yang bakal menjelang.

Tuai Rumah dan Penghulu juga diingatkan agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak buah mereka dan mempastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi.

Selain itu, ibubapa dan penghuni rumah panjang juga disaran memaklumkan kepada anak dan saudara mara yang berada di luar kawasan atau di bandar supaya tidak balik ke rumah panjang semasa perayaan untuk keselamatan bersama.

Sementara itu, antara objektif lain program adalah turut memaklumkan peserta mengenai perkembangan terkini kes COVID-19 di Sarawak dan Bahagian Mukah. – EDISI UKAS

Share

add comment