24 JKKK Rumah Panjang Di Meradong Terima Geran

KHAMIS, 27 MEI 2021

MERADONG: Sebanyak 24 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang di sekitar Meradong menerima geran berjumlah keseluruhan RM35,900.

Geran tersebut diagihkan oleh ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing dalam majlis ringkas di Rumah Panjang Kawasan Batu 3 – 8 Sungai Mador dan Ulu Binatang pada Khamis.

Dalam ucapannya, beliau menasihati agar tuai-tuai rumah sentiasa memantau keadaan anak-anak buah bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa dipelihara dan dilindungi.

Beliau juga berharap para tuai rumah sentiasa memastikan semua penduduk rumah panjang meraikan secara sederhana bersama ahli keluarga tersayang dan tidak perlu menziarahi antara satu sama lain. – EDISI UKAS

Share

add comment