Ahli Parlimen Lawas Tinjau Sendiri Keadaan Kampung Di Ba’kekalan Terjejas Akibat Banjir

KHAMIS, 27 MEI 2021

BA’KELALAN: Banjir yang berlaku di kawasan Ba’kelalan baru-baru ini telah menyebabkan berlakunya kerosakan kemudahan awam dan memerlukan pembaikan segera. 

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Dato Henry Sum Agong bersama ketua jabatan dan wakil jabatan yang berkaitan telah meninjau kawasan yang berlaku banjir pada Selasa bagi melihat dan menilai kerosakan serta kemusnahan infrastruktur khususnya berkaitan pertanian. 

Setibanya di Kampung Ba’kelalan, beliau dan rombongan telah disambut ketua kampung dan diberikan taklimat berkenaan situasi semasa selepas banjir. 

Setiap ketua kampung telah menjelaskan masalah yang telah menimpa kampung mereka sebaik sahaja selepas banjir. 

Dato Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas telah meminta ketua dan wakil jabatan yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan bantuan dapat disalurkan serta kemudahan yang rosak dapat dibaiki. 

Dalam lawatan itu, beliau juga telah menyerahkan bantuan bakul makanan dan peruntukan kepada beberapa buah kampung yang diterima setiap ketua kampung yang terlibat banjir besar untuk diagihkan kepada penduduk bagi meringankan beban penduduk. 

Hadir sama Pegawai Tabir Pejabat Daerah Lawas Aminul, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Lawas Lee, JKR Lawasn Siti Nazirah, Penolong Pegawai Kanan, Jabatan Pertanian Lawas Daroup Mail, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Lawas Dison Tagal, Setiausaha Induk PBB Cawangan DUN Ba’kelalan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). -EDISI UKAS

Share

add comment