‘Community Empowerment’ Tangani Pandemik COVID-19 Bahagian Serian

KHAMIS, 27 MEI 2021

SERIAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Serian mengadakan Program Kepolisan Komuniti di Pejabat Residen Bahagian Serian, pada Khamis.

Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) Bahagian Serian menyertai program tersebut iaitu 18 orang secara fizikal dan 59 orang melalui aplikasi Zoom.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datu Ik Pahon Joyik turut menghadiri program melalui aplikasi Zoom.

Antara pengisian program adalah taklimat dan penerangan mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) Perayaan Gawai, Adat Istiadat Dan Pengkebumian, Taklimat Literasi COVID-19 Dan Imunisasi COVID-19 dan Taklimat Peranan RELA Dalam Pemantauan Di Peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Selain itu, Timbalan Residen Bahagian Serian, Selamat Jati memberitahu KMKK dan JKKK agar sentiasa menasihati serta memantau pematuhan SOP penduduk kampung.

Sehubungan itu, Persatuan Veteran Anggota Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Serian juga turut terlibat dalam melakukan pemantauan tersebut. –EDISI UKAS

Share

add comment