JKM Kapit Redah Perjalanan Tiga Jam Guna Bot Hantar Makanan Ke Antawau, Baleh

KHAMIS, 27 MEI 2021

KAPIT: Petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kapit terpaksa meredah perjalanan selama tiga jam menggunakan bot untuk menghantar bantuan makanan ke beberapa rumah panjang di kawasan Antawau, Baleh yang dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan (lockdown).

Bantuan bekalan makanan tersebut adalah kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melalui Jabatan Kebajikan Bahagian Kapit.

Sebanyak 91 pek bakul makanan diagihkan kepada penduduk dalam misi penghantaran digerakkan menggunakan bot milik Pejabat Residen Kapit pada Rabu.

Senarai penerima bantuan makanan ialah Rumah Tajai, Ng. Sebiro, Antawau; Rumah Rentap, Antawau; Rumah Unggam, Antawau; Rumah Laso, Antawau dan ekerja Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Antawau, Kapit.

Bantuan bekalan makanan tersebut diharap dapat meringankan beban ditanggung penduduk rumah panjang dalam tempoh menjalani kuarantin. – EDISI UKAS

Share

add comment