Keluarga Jalani Kuarantin Kendiri DI DUN Tupong Terima Bantuan Makanan Asas

KHAMIS, 27 MEI 2021

KUCHING : Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong pada Rabu telah mengagihkan bantuan makanan asas kepada beberapa buah keluarga yang diperintahkan menjalani kuarantin kendiri di kawasan DUN Tupong.

Pengagihan dilaksanakan oleh Exco Bapa, Wanita dan Pemuda PBB, GPS Cawangan Tupong serta Ketua Kaum kawasan masing-masing.

Antara kawasan yang telah diberi bantuan adalah di Kpg Tupong Ulu, Taman Matang Jaya, Taman Yen-Yen, Taman Sri Wangi, Kampung Kolong 2, Ranting Taman Sri Makmur, Taman Matang Indah, Sekolah Pendidikan Khas dan Kampung Gita Lama.

Turut menerima bantuan pada hari sebelumnya ialah beberapa keluarga yang juga menjalani kuarantin kendiri di rumah iaitu di kawasan Taman Fitrah, Jalan Bunga Tongkeng, Taman Lee Ling, Matang Jaya, Taman Sri Wangi, Kampung Tupong Tengah,Kampung Gita Lama dan Kampung Gita Tengah. -EDISI UKAS

Share

add comment