MAKSAK Sarawak Hulur Sumbangan Ikhlas Sempena Perayaan Hari Gawai 2021

KHAMIS, 27 MEI 2021

KUCHING: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak meneruskan tradisi berkongsi kegembiraan meraikan perayaan dengan menganjurkan Program Sumbangan Ikhlas sempena Perayaan Hari Gawai 2021.

Simbolik penyerahan disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Pengerusi Exco MAKSAK Negeri, Datuk Amar Jaul Samion yang diwakili Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Richard Lon kepada wakil penerima, Steve Harold Uyo di Wisma Bapa Malaysia, pada Selasa.

Penganjuran pada kali ini melibatkan kerjasama MAKSAK Wanita Negeri dengan seramai 100 orang penerima daripada warga kerja di unit-unit Jabatan Ketua Menteri Sarawak.

Majlis berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa pandemik COVID-19.

Hadir sama Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak, Samat Junai dan Pengarah Bahagian Pematuhan Kewangan, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, John Kennedy Janang. -EDISI UKAS

Share

add comment