Penduduk Di Pantu Terus Patuhi SOP

KHAMIS, 27 MEI 2021

PANTU: Meskipun keadaan di Klinik Kesihatan Pantu agak sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk mendapatkan bekalan ubat dan rawatan, namun ia tidak menghalang mereka terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Sepanjang pemantauan mendapati rata-rata pengunjung mematuhi SOP dengan mengimbas suhu dan MySejahtera serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Manakala bagi individu yang bergejala demam diperiksa dengan lebih terperinci dengan proses yang yang ditetapkan pihak klinik .

Untuk makluman, terdapat dua buah kampung di daerah Pantu yang sedang menjalani kuarantin berikutan pengesanan kes secara aktif (ACD) melibatkan Rumah Christopher Kampung Dadak dan Rumah John, Kampung Empaling bermula dari 25 Mei lepas.

Selain itu, keadaan di Pekan Pantu juga agak lengang dan tidak ada pengunjung seperti kebiasaanya.-EDISI UKAS

Share

add comment