Penduduk Rumah Panjang Tr. Empading, Nanga Bunu Skrang Terima Bantuan Makanan

KHAMIS, 27 MEI 2021

ENGKILILI: Sebanyak 92 bungkusan bakul makanan berupa makanan kering telah diserahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman kepada 150 orang penduduk rumah panjang Tr. Empading, Nanga Bunu Skrang, Engkilili pada Rabu.

Penyerahan bantuan tersebut adalah susulan penyambungan Perintah Kawalan pergerakan Diperketatkan (PKPD) rumah panjang tersebut bermula 24 Mei hingga 6 Jun 2021 iaitu selama 12 hari bagi membantu meringankan beban mereka semasa dalam tempoh itu.

Sehubungan itu, penduduk rumah panjang tersebut merakamkan penghargaan kepada JKM Bahagian Sri Aman serta kerajaan Sarawak di atas bantuan yang diberikan.

Dalam pada itu, penduduk rumah panjang berkenaan turut dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan sepanjang mereka dikuarantin.-EDISI UKAS

Share

add comment