Satu Flat Dan Tiga Rumah Panjang Di Daerah Tatau Terima Bantuan Makanan

KHAMIS, 27 MEI 2021

TATAU: Satu flat dan tiga buah rumah panjang di Daerah Tatau menerima bantuan makanan yang disumbangkan Pusat Khidmat DUN Kakus pada Rabu. 

Keempat-empat kawasan ini telah dikenakan pelaksanaan Pengesanan Kes Aktif (ACD) selama dua minggu. 

Antara kawasan yang menerima bantuan makanan ini ialah Flat Pine Tatau Blok E 20 Keluarga, Rumah Dilang, Ulu Anap, Tatau 18 pintu, Rumah Bennet Jumat, Tatau 18 pintu dan Rumah Ngumbang, Nanga Sidang 22 pintu. 

Bantuan ini telah disampaikan wakil Pusat Khidmat DUN Kakus Eugene John Sikie yang bertujuan meringankan beban penduduk di flat dan rumah panjang dengan penduduknya tidak dibenarkan keluar rumah mahupun ke kebun untuk mendapatkan makanan. -EDISI UKAS

Share

add comment