113 Rumah Panjang Di Kawasan Parlimen Sibuti Terima Buah Tangan Hari Gawai

JUMAAT, 28 MEI 2021

MIRI: Bersempena sambutan Hari Gawai tidak lama lagi, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni telah menyampaikan buah tangan kepada semua penduduk di rumah panjang. 

Sebanyak 113 buah rumah panjang dengan keseluruhan pintu 4,559 pintu di kawasan Parlimen Sibuti menerima buah tangan ini. 

Sumbangan buah tangan itu telah disampaikan pegawai dari Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sibuti pada 25 Mei hingga 27 Mei 2021 dalam beberapa majlis ringkas. 

Menurut Lukanisman, agihan buah tangan sempena Hari Gawai ini amat bermakna kerana tahun ini tidak dapat hadir ke rumah panjang bersama penduduk untuk meraikan perayaan tersebut .

Buah tangan ini juga sebagai kenangan bersama di Hari Gawai dengan norma baharu iaitu sambutan di kalangan ahli keluarga sahaja. -EDISI UKAS

Share

add comment