82 KMKK Dan Ahli Majlis Daerah Bau Sertai Program Kepolisan Komuniti Sarawak Peringkat Daerah Bau

JUMAAT, 28 MEI 2021

BAU: Seramai 82 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari daerah Bau termasuk Ahli Majlis Daerah Bau menyertai Program Kepolisan Komuniti Sarawak Peringkat Daerah Bau pada Jumaat.

Program yang dijalankan secara dua sesi itu dianjurkan oleh Pejabat Daerah Bau di Dewan Suarah Bau yang bertujuan memperkasakan komuniti bagi mengekang penularan COVID-19.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Luar Bandar) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datu Ik Pahon Joyik turut menyertai program itu melalui aplikasi ‘Zoom Meeting’.

Para peserta telah diberikan taklimat berkaitan ‘Public Health Awareness’ COVID-19 yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Bau Dr. Winnie Johnny,

Taklimat seterusnya pula adalah berhubung Program Komuniti COVID-19 yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Majlis Daerah Bau Donelly Delly.

Manakala, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberi taklimat mengenai keselamatan dan penguatkuasaan semasa COVID-19 yang telah disampaikan oleh Inspektor Mohd Shahir.-EDISI UKAS

Share

add comment