ADUN Repok Tampil Hulur Bantuan Kepada Penduduk Rumah Lingga

JUMAAT, 28 MEI 2021

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii tampil menghulurkan bantuan kepada penduduk Rumah Lingga di Sungai Selangan yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Bantuan berupa bekalan makanan itu diserahkan wakil beliau, Penghulu Huang Tiong Kang kepada seramai 352 orang penduduk dari 67 pintu rumah panjang tersebut.

Dalam pada itu, Tuai Rumah Lingga mewakili penduduknya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dato Sri Huang di atas bantuan tersebut.

Penduduk Rumah Lingga dikenakan PKPD bermula 26 Mei hingga 11 Jun 2021.-EDISI UKAS

Share

add comment