Khairy Jamaluddin Tinjau PPV Di Stadium Perpaduan

JUMAAT, 28 MEI 2021

KUCHING: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin melakukan lawatan kerja ke Sarawak pada Jumaat.

Lawatan kerja beliau telah dimulakan dengan melakukan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini.

Turut mengiringi beliau dalam tinjauan tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak yang juga merupakan Penasihat JPBNS, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Pada sebelah petang, beliau dijangka melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini. -EDISI UKAS

Share

add comment