MBM Bantu Pengusaha Perniagaan Percepat Terima Vaksin COVID-19

JUMAAT, 28 MEI 2021

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan membantu pengusaha perniagaan  seperti kontraktor, pemegang lesen dan pusat perniagaan mereka untuk mempercepat program vaksinasi COVID-19 untuk pekerja mereka di bawah peraturan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH).

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, MBM berkata ini kerana mereka kerap berhubung dengan masyarakat umum dalam urusan jual beli.

“MBM akan menghubungi pengusaha tersebut untuk mendapatkan maklumat mereka dan data yang dikumpulkan akan dihantar ke MLGH untuk tindakan selanjutnya.

“Kontraktor di bawah MBM berdaftar dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan, pemilik gerai dan pemegang permit pasar dan tamu serta pusat makanan dan minuman, dan pusat membeli-belah, pasar raya, kedai jabatan, kedai runcit, stesen minyak dan premis berlesen yang lain.

“MBM menggesa pengusaha perniagaan memberikan dokumen dan butiran yang mudah untuk disusun dan diserahkan kepada MLGH,” katanya. 

Tambah kenyataan itu lagi, kepada pengusaha perniagaan yang mempunyai gejala seperti sukar bernafas dan anosmia (kehilangan bau), mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menghantar anak ke sekolah dan membawa anak mendapatakan rawatan kesihatan terdekat untuk penilaian selanjutnya oleh pengamal perubatan. 

“Sekiranya salah seorang daripada ibu bapa atau ahli keluarga sebagi kontak rapat dengan kes positif dan dikuarantin Jabatan Kesihatan, ibu bapa dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menghantar anak ke sekolah dan tunggu sehingga ujian calitan RT-PCR dan kontak rapat tersebut dikatakan negatif sebelum meneruskan untuk menghantar anak ke sekolah,” tambah kenyataan itu lagi. -EDISI UKAS

Share
0