Penghantaran Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Telang Usan Diteruskan

JUMAAT, 28 MEI 2021

LONG LAMA: Penghantaran bantuan makanan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir diteruskan di beberapa buah rumah panjang pada Khamis. 

Antara rumah panjang yang terlibat ialah Kampung Long San, Kampung Long Anap, Kampung Long Kesseh, Kampung Long Nakan, Kampung Kayan Long Lama dan Kampung Long Banyok. 

Bantuan makanan ini disumbangkan Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dennis Ngau menerusi Pusat Khidmat Masyarakat masing-masing. 

Penyarahan bantuan makanan itu diteruskan di kawasan penempatan kaum Penan di Ulu Baram yang dibantu Persatuan Belia Miri. -EDISI UKAS

Share

add comment