RM277,000 Geran MRP Diperuntukkan Untuk 60 JKKK Di Tanjong Datu

JUMAAT, 28 MEI 2021

LUNDU: Sebanyak RM277,000  diperuntukkan untuk 60 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Tanjong Datu.

Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu telah menyampaikan penyerahan geran tersebut di Dewan Serbaguna Mahligai Gading di sini pada Khamis.

Beliau turut menyampaikan amanat Datuk Amar Jamilah yang menyeru supaya peruntukan yang diberikan digunakan dengan sebaik mungkin untuk membantu mereka yang memerlukan di kampung masing-masing.

“Guna peruntukan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin untuk membantu mereka yang memerlukan di kampung masing-masing,”katanya.

Dalam pada itu, pada majlis tersebut juga turut diadakan simbolik Penyampaian N3 Prihatin untuk seramai 200 orang golongan asnaf yang terpilih sempena perayaan Hari Gawai yang bakal menjelang.-EDISI UKAS

Share

add comment