Tiada Pembelian Panik, Pengalaman PKP Lepas Bantu Rakyat Bersedia

JUMAAT, 28 MEI 2021

KUCHING: Pengalaman berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada tahun lepas membuatkan rakyat di negeri ini semakin tenang dan tidak berlakunya pembelian panik.

Tinjauan UKAS di beberapa pasar raya di Kuching pada Jumaat mendapati orang ramai tenang dan bersedia serta tidak panik dengan keputusan kerajaan Sarawak yang melaksanakan PKP di seluruh negeri selama dua minggu.

Aktiviti jual beli juga berjalan lancar tanpa situasi pembelian panik sebaliknya membuat pembelian mengikut keperluan sahaja dan barang keperluan dalam pasaran juga masih stabil.

Malah tinjauan turut mendapati, meskipun terdapat peningkatan pelanggan, namun tiada pembelian barangan dalam kuantiti yang banyak.

Para pelanggan juga didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pada Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengumumkan PKP di Sarawak dilaksanakan berkuat kuasa 29 Mei hingga 11 Jun 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment