Tuai Rumah Pastikan Penduduk Patuh SOP Sambut Gawai Dayak

JUMAAT, 28 MEI 2021

BINTANGOR: Tuai Rumah di kawasan Meradong digesa memastikan penduduk kampung menyambut Gawai Dayak dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, budaya ‘Ngabang’ yang lazimnya memeriahkan perayaan Gawai Dayak juga perlu dielakkan dalam keadaan pandemik COVID-19 masih belum reda.

Beliau berkata demikian semasa majlis ringkas penyerahan geran kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di rumah panjang Batu 3 hingga Batu 8 Sungai Mador dan Ulu Binatang pada Khamis.

Pada majlis tersebut beliau telah menyerahkan geran sebanyak RM35,900 kepada 24 JKKK Rumah Panjang di DUN Meradong.

Dalam pada itu, Datuk Ding turut mengingatkan JKKK agar bijak memanfaatkan geran tersebut demi kebaikkan bersama selain tidak menggalakkan menganjurkan program dengan keadaan daerah Meradong masih lagi dalam Zon Merah.-EDISI UKAS

Share

add comment