252 Lagi Individu Dari Asajaya Terima Vaksin, ADUN Asajaya Turun Padang Tinjau PPV

SABTU, 29 MEI 2021

ASAJAYA: Seramai 252 lagi individu dari Daerah Asajaya menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Kompleks Sukan Asajaya, pada Sabtu.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah turun padang bagi meninjau proses vaksinasi di PPV berkenaan.

Tinjauan yang dilakukan mendapati proses pemberian vaksin COVID-19 di situ berjalan lancar dan teratur mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Turut mengiringi beliau dalam tinjauan tersebut adalah Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu dan Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat. -EDISI UKAS