ADUN Lingga Sumbang Bantuan Makanan, Duit Gawai Kepada Penduduk Rumah Panjang

SABTU, 29 MEI 2021

LINGGA: Penduduk Rumah Panjang Johnson Intai Pol, Seduku Panjai menerima sumbangan bantuan makanan dan saguhati sempena Hari Gawai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri.

Ia bagi meringankan beban penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 23 Mei sehingga 5 Jun 2021.  

Sumbangan berupa keperluan asas serta saguhati duit Gawai yang telah disampaikan oleh wakil beliau kepada 39 pintu di rumah panjang tersebut pada Sabtu.

ADUN Lingga itu berharap penghuni rumah panjang Johnson sentiasa cekal dan sabar dalam menghadapi ujian itu.

Dalam pada itu beliau mengingatkan penduduk untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Penduduk hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan menjaga diri dan keluarga,” katanya.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia