JPBB Miri Lawat Lokasi Cadangan Pemberian Vaksin AstraZeneca Dan Dua Lokasi Lain Untuk Meningkat Keupayaan Berkaitan Pengurusan COVID-19

SABTU, 29 MEI 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah melakukan lawatan pemantauan persediaan pemberian vaksin AstraZeneca di bandaraya Miri pada Sabtu. 

Antara dua lokasi yang dilawati ialah Dewan Suarah Miri, Stadium Miri dan termasuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca iaitu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.

Lawatan ini bertujuan meninjau lokasi pemberian vaksin AstraZeneca yang dicadangkan akan dilakukan di IKBN Miri selain bagi tujuan untuk meningkatkan lagi keupayaan perkhidmatan berkaitan dengan COVID-19 di Bahagian Miri.

Dalam lawatan itu, Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin telah mendengar wakil daripada klinik swasta yang telah dilantik untuk melakukan pemberian vaksin berhubung keperluan dan aturan yang diperlukan untuk mewujudkan satu PPV di IKBN Miri yang dikhususkan bagi pemberian vaksin AstraZeneca.

Dalam pada itu, JPBB Miri juga sedang mempertimbangkan penggunaan fasiliti seperti Dewan Suarah Miri untuk aktiviti pengeluaran ‘Release Order’ dan Pusat Pembuangan Gelang.

Manakala, fasiliti berikutnya yang turut dipertimbangkan iaitu Stadium Miri kini sedang diteliti kesesuaian untuk dijadikan sebagai Covid Assessment Centre (CAC). 

Hadir sama Pemangku Residen Bahagian Miri yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pegawai Kesihatan Bahagian Jabatan Kesihatan Bahagian Dr. P. Raviwharmman, Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong, Setiausaha Majlis, Majlis Bandaraya Miri Morshidi Fredrick, Pemangku Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof dan beberapa wakil agensi kerajaan di bawah JPBB Miri. Dr. Jack Wong, Pengarah Hospital Miri Morshidi Fredrick, Setiausaha Majlis, Majlis Bandaraya Miri Puan Siti Rohanie Yusof, Pemangku Pegawai Daerah Miri dan wakil daripada agensi berkaitan di bawah JPBB Miri. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia