JPBD Limbang Agih Bantuan Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Tiga Buah Kampung

SABTU, 29 MEI 2021

LIMBANG: Mangsa banjir di tiga buah kampung dalam Daerah Limbang menerima bantuan makanan fasa kedua daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang. 

Seramai 35 orang dari Kampung Ipai, 186 orang Kampung Lubok Sigantang dan 157 orang dari Kampung Lubok Piasau menerima bantuan makanan. 

Sumbangan telah diterima ketua kampung yang mewakili tiga buah kampung dalam satu majlis ringkas pada Sabtu. 

Pengagihan bantuan makanan turut dibantu beberapa kumpulan sukarelawan termasuk beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang turut sama menyumbang tenaga dan kenderaan berat. 

Antara barang yang disediakan seperti beras, gula, garam, biskut kering, mee segera, kopi dan teh, makanan dalam tin, minyak masak, susu manis dan pelbagai lagi barangan. 

Turut diserahkan sumbangan daripada individu mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) dan swasta. -EDISI UKAS

Share

add comment