Penduduk Jalani PKPD Di Kampung Boyan Terima Sumbangan Makanan

SABTU, 29 MEI 2021

KUCHING : Pusat Khidmat Parlimen Santubong telah menyampaikan sumbangan makanan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Boyan, Kuching, pada Jumaat.

Sumbangan berupa makanan kering dan basah seperti ayam segar, sayur-sayuran, telur dan roti itu disediakan dengan rapi dan teliti agar sentiasa berada di dalam keadaan yang baik semasa diagihkan.

Inisiatif bersama Pusat Khidmat DUN Pantai Damai itu diharap dapat membantu meringankan beban penduduk sepanjang tempoh pelaksanaan PKPD berkuatkuasa. -EDISI UKAS

Share

add comment