Masyarakat Di Miri Digesa Berwaspada Dan Berhati-Hati Menjelang Musim Panas Ini

SABTU, 29 MEI 2021

MIRI: Masyarakat di Miri diingatkan sentiasa berwaspada  dan berhati-hati bagi mengelakkan bencana kebakaran menjelang musim panas ini. 

Ini susulan kejadian kebakaran yang berlaku membabitkan dua buah rumah di di Pujut Tanjung Batu dan Tudan Fasa 2 baru-baru ini. 

Perkara ini dimaklumkan Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin selepas menyerahkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri kepada dua buah keluarga tersebut pada Jumaat. 

Dalam kejadian kebakaran tempoh hari, dua buah keluarga Normah Kartah di Jalan Pujut Miri dan Dewi Tugau di Tudan Fasa Dua telah musnah dalam kebakaran.

Mereka menerima bantuan sebanyak RM9,900 dan RM8,900 berbentuk wang saku, pakaian harian, pakaian sekolah, peralatan sekolah, kelengkapan tidur, peralatan dapur dan bahan binaan.

Hadir sama Pegawai JKM Bahagian Miri Pengiran Mohamad Najib. -EDISI UKAS

Share
0