Pendekatan 3W, 3C, 3P Dan 3L Usaha Mengekang Penularan COVID-19

SABTU, 29 MEI 2021

KUCHING : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menasihatkan orang ramai untuk terus mengambil serius mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pengarahnya, Khirudin Drahman@Husaini berkata, adalah penting untuk semua rakyat mengambil pendekatan 3W, 3C, 3P dan 3L dalam usaha mengekang penularan COVID-19 terutama semasa musim perayaan.

“Pematuhan kepada SOP COVID-19, amalkan 3W (Wash, Wear, Warn), 3C (Crowded Place, Confine Space, Close Conversation), 3P (Precaution, Prevention, Protection) dan 3L (Lupa, Lalai, Leka),” katanya dalam Perutusan Khas Hari Gawai pada Sabtu.

Tambah Khirudin, orang ramai juga boleh merujuk garis panduan SOP lebih lanjut serta sahih melalui perkongsian di laman sesawang JBPM agar tiada kekeliruan berlaku sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa sehingga 11 Jun 2021. -EDISI UKAS


Share

add comment