Penduduk Di Kawasan Tinjar Terima Bantuan Makanan

SABTU, 29 MEI 2021

BELURU: Penduduk di kawasan Tinjar dalam Daerah Beluru yang terlibat dalam banjir pada 24 hingga 27 Mei 2021 telah menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri. 

Bantuan makanan hanya dapat dihantar selepas air mula surut pada 27 Mei lepas. 

Sebanyak 115 pek makanan telah diagihkan kepada empat buah penempatan antaranya Rumah Duri, Nanga Lait sebanyak 32 pek, Rumah Magdalene, Lubok Mulong sebanyak 46 pek, Rumah Seman, Long Sepiling sebanyak 29 pek dan Sekolah Kebangsaan Long Sepiling sebanyak 8 pek. 

Bantuan ini bertujuan meringankan beban mangsa banjir yang dihadapi baru-baru ini. -EDISI UKAS

Share

add comment