SABTU, 29 MEI 2021
SEBUYAU: Seramai tujuh orang mewakili setiap kampung di kawasan Sebuyau menerima bantuan benih tanaman bagi memperkasakan bidang pertanian sekaligus meningkatkan sumber pendapatan penduduk setempat.
Penduduk tersebut terdiri dari Kampung Baru, Kampung Hilir, Kampung Masjid, Kampung Hulu, Kampung Sawmill, Kampung Lot dan Kampung Seberang.
Penyerahan bantuan benih tersebut telah dilakukan oleh Pemanca Masyarakat Melayu Daerah Simunjan, Asli Yahya, mewakili ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Sebuyau pada Jumaat.
Turut hadir, Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau Ajis Ahmad dan Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau, Abu Seman Suhaili.
Sementara itu, Asli memberitahu, benih tanaman berkenaan adalah sumbangan daripada kerajaan negeri menerusi Datuk Julaihi suntuk golongan petani di kawasan berkenaan.
Objektif penyerahan bantuan benih tanaman berkenaan adalah untuk memperkasa program pertanian disamping meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pertanian di kalangan penduduk dan golongan belia. -EDISI UKAS