SABTU, 29 MEI 2021
KUCHING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak kali ini masih membenarkan aktiviti ekonomi penting yang lain dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, kecuali yang dinyatakan dalam senarai aktiviti tidak dibenarkan.
Tinjauan UKAS yang dilakukan di Pasar Tamu Taman Desa Wira, Batu Kawa Kuching pada Sabtu mendapati pasar tamu tersebut mematuhi SOP yang ditetapkan.
Namun begitu, terdapat pendekatan baru yang mana jumlah pengunjung dipantau dan dihitung oleh pihak Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang mempunyai tanggungjawab memastikan semua pelawat mematuhi SOP PKP.
Dalam pada itu, keadaan di situ juga masih seperti biasa di mana jumlah pengunjung tidak ramai walaupun menjelang perayaan Gawai Dayak. -EDISI UKAS