Program Pendaftaran Imunisasi Covid-19 Secara Bergerak Di Debak

SABTU, 29 MEI 2021

DEBAK: Majlis Daerah Betong dengan kerjasama Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sarawak telah melaksanakan Program Pendaftaran Imunisasi Covid-19 bertempat di Market Serbaguna MDB, Debak pada Jumaat.

Selain mempromosikan pendaftaran program imunisasi vaksin Covid-19, program itu juga bertujuan membimbing masyarakat dalam proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual atau melalui website www.vaksincovid.gov.my.

Ia juga bertujuan mengalakkan semua masyarakat terlibat sama dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19.

Seramai 79 individu telah mendaftar melalui kaunter bergerak yang disediakan hingga jam 1 petang itu.

Bagi yang terlepas, pendaftaran juga boleh dibuat di Perpustakaan Awam Betong, Perpustakaan Cawangan Spaoh, Perpustakaan Cawangan Debak dan Perpustakaan Cawangan Pusa pada waktu bekerja bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. – EDISI UKAS

Share

add comment