Residen Bahagian Mukah Santuni Petugas SJR Jebungan

SABTU, 29 MEI 2021

MUKAH: Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir pada Sabtu meluangkan masa menyantuni petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jebungan bersempena Program Sanjungan Budi Semarak Kasih Raya.

Semasa lawatan, beliau turut menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas di SJR berkenaan.

SJR di Jebungan telah dilaksanakan sejak PKPB di Sarawak diumumkan bagi memastikan laluan bagi rakyat sekitar diperketatkan kawalan masuk dari zon-zon yang berisiko.

Ia beroperasi selama 24 jam dengan tiga syif operasi melibatkan anggota PDRM, Rela dan tentera.

Sementara itu, dalam lawatan di SJR di Jalan Mukah Selangsu, Pegawai Daerah Mukah, Shafrie Saili turut menyampaikan sumbangan Raya Gawai kepada petugas yang berkawal di kawasan tersebut.

Rombongan turut memantau kawasan Rumah Nyalu Wilson (Mukah) yang telah dikuarantin dan petugas kesihatan melakukan ujian calitan kepada penduduk rumah terbabit. – EDISI UKAS

Share

add comment