SUPP Cawangan Bukit Assek Kongsi Keceriaan Hari Gawai

SABTU, 29 MEI 2021

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek meneruskan tradisi berkongsi keceriaan sambutan Hari Gawai bersama penduduk rumah panjang di kawasan DUN berkenaan dengan menyumbang minuman ringan.

Pengagihan sumbangan itu diketuai oleh Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek, Dato Chieng Buong Toon dan turut dibantu oleh jentera parti SUPP pada Jumaat.

Sebanyak 12 rumah panjang telah diagihkan sumbangan tersebut iaitu Rh. Cosma, Rh. Dana, Rh. Andrew, Rh. Joseph, Rh. Mary, Rh. Ngipa, Rh. Kiding, Rh. Matan, Rh. Dempi, Rh. Mathaten, Rh. Richard dan Rh. Franky.

Program berjalan dengan lancar dan semua hadirin mengikuti SOP yang telah ditetapkan. – EDISI UKAS

Share

add comment