SABTU, 29 MEI 2021
TATAU: Seramai 270 orang warga emas dan golongan rentan di Daerah Tatau menerima dos kedua vaksin dan 296 lagi menerima vaksin COVID-19 dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 Dewan Sukan Tatau pada Jumaat.
Menurut salah seorang warga emas yang menerima vaksin COVID-19 dos kedua Kembuan Thomas berkata beliau tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau berasa lega kerana telah mendapat suntikan dos ke dua vaksin dan ini akan melindungi menjadi perisai diri daripada mendapat jangkitan COVID-19 yang boleh membawa maut.
Proses Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar yang dibantu petugas KKM bersama Sukarelawan MyVacc, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kakitangan Pejabat Daerah Tatau. -EDISI UKAS