100 KIR Yang Dikuarantin Terima Bantuan Makanan Daripada ADUN Batu Kitang

AHAD, 30 MEI 2021

BATU KITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang telah menyumbang bantuan makanan ehsan kepada penduduk yang menjalani perintah kuarantin di sini pada Sabtu.

Mewakili beliau, Pengerusi Persatuan Pengerakan Kemajuan Kota Padawan, Albert Lee Joo Hee telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada ketua kampung untuk diagihkan kepada keluarga yang terkesan.

Ia melibatkan seramai 100 ketua isi rumah (KIR), iaitu 10 KIR masing-masing dari Kampung Landeh dan Kampung Haji Baki.

Manakala, lima lagi KIR dari Kampung Sebuak dan 75 lagi KIR di sekitar kawasan Batu Kitang.

Sementara itu, para penerima merakamkan penghargaan di atas sumbangan tersebut yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka sepanjang tempoh kuarantin.-EDISI UKAS

Share

add comment