320 Penduduk Daerah Tatau Terima Suntikan Vaksin COVID-19

AHAD, 30 MEI 2021

TATAU: Seramai 320 penduduk yang terdiri daripada warga emas dan golongan rentan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Sukan Tatau pada Sabtu. 

Daripada jumlah itu, 270 orang telah menerima dos vaksin dos kedua manakala 50 orang lagi mendapat suntikan dos pertama. 

Proses pemberian vaksin di PPV Dewan Sukan Tatau berjalan Lancar yang dibantu oleh petugas Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Sukarelawan MyVacc, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan kakitangan Pejabat Daerah Tatau.- EDISI UKAS

Share

add comment