ADUN Lingga Sumbang Bakul Makanan Kepada Rumah Panjang Johnson Intai Pol

AHAD, 30 MEI 2021

LINGGA: Penghuni Rumah Panjang Johnson Intai Pol, Seduku Panjai di sini menerima bantuan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri, pada Sabtu.

Sumbangan yang disampaikan oleh wakil beliau bertujuan untuk membantu meringankan beban keluarga yang terkesan dengan arahan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) dan sempena Hari Gawai Dayak akan datang.

Sementara itu, ADUN Lingga berharap agar penghuni rumah panjang tersebut terus bersabar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Rumah panjang yang mempunyai 39 pintu tersebut telah dikenakan PKPD bermula pada 23 Mei lepas sehingga 5 Jun 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment