Jabatan Penerangan Lundu Anjur Info On Wheel

AHAD, 30 MEI 2021

LUNDU: Jabatan Penerangan Daerah Lundu telah mengadakan program Info On Wheels di kampung-kampung dalam daerah Lundu pada Sabtu.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Bengang, Kampung Metang Terap, Kampung Sileng Dayak, dan Kampung Sileng Melayu.

Hebahan umum tersebut merangkumi makluman berkenaan pendaftaran untuk program vaksinasi dan makluman Prosedur Operasi Standard (SOP) Gawai di Kampung Sileng Dayak.

Turut diedarkan, risalah dan poster berkenaan vaksinasi COVID-19 kepada penduduk setempat.-EDISI UKAS