JKM Sri Aman Hantar Bantuan Makanan Di Rumah Agusti, Engkerepok

AHAD, 30 MEI 2021

SRI AMAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sri Aman telah menghantar bantuan makanan kering kepada penduduk di Rumah Agusti, Engkerepok pada Sabtu.

Sumbangan ini adalah bagi membantu mereka sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di rumah panjang terbabit.

Sehubungan itu, penduduk turut dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.-EDISI UKAS

Share

add comment