Residen Sri Aman Pantau SOP Sambutan Hari Gawai Dayak

AHAD, 30 MEI 2021

SRI AMAN: Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bingai aktif melakukan operasi pemantauan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena sambutan Hari Gawai Dayak di kawasan Lachau dan Pantu Sri Aman di sini.

Sepanjang pemantauan yang dijalankan pada Sabtu, penduduk rumah panjang didapati mematuhi SOP dan peka kepada arahan terkini daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Turut diserahkan, poster SOP terkini sambutan Hari Gawai Dayak kepada tuai-tuai rumah untuk dipamerkan di kawasan rumah panjang masing-masing.

Agensi yang turut hadir dalam pemantauan adalah Polis Diraja Malaysia (PRDM) Daerah Sri Aman, RELA Sri Aman dan Pejabat Daerah Sri Aman.-EDISI UKAS

Share

add comment