Residen Sri Aman Tinjau Sekatan Jalan Raya Di Simpang Engkilili

AHAD, 30 MEI 2021

SRI AMAN: Residen Bahagian Sri Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian, Indit Bangai telah meninjau ke lokasi sekatan jalan raya di Simpang Engkilili di sini.

Selain memastikan kelancaran proses, tinjauan pada Sabtu juga adalah untuk memastikan agar segala kelengkapan untuk operasi selatan jalan raya mencukupi bagi petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas.

Hasil tinjauan juga mendapati kenderaan yang melalui jalan tersebut agak lenggang dan aliran trafik berada dalam keadaan terkawal.-EDISI UKAS

Share

add comment