Rumah Dora, Rumah Ulen Dan Rumah Janting Laksana SOP Gawai

AHAD, 30 MEI 2021

TATAU: Menjelang perayaan Gawai tidak lama lagi, masyarakat Dayak digesa untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Gawai seperti yang telah digariskan kerajaan. 

Hanya dengan mematuhi SOP dapat mengekang penularan wabak COVID-19 di dalam masyarakat. 

Ketika ditemui pada Sabtu, tiga orang Tuai Rumah iaitu Tuai Rumah Dora, Tuai Rumah Ulen dan Tuai Rumah Janting Juat bersepakat melaksanakan SOP pada perayaan Gawai di rumah panjang masing-masing.

Antaranya meletakkan sempadan tali antara satu ruai dengan ruai yang lain yang bertujuan menghadkan pergerakan dan mengelak penghuni di rumah panjang berkumpul bahagian ruai.

Berkumpul dan upacara ngabang dari satu bilik atau ke rumah panjang yang lain seperti kebiasaan  juga tidak akan dibenarkan pada waktu Gawai ini.

Orang luar ataupun dari pasar / bandar  juga jangan balik ke rumah panjang semasa gawai begitu juga penduduk dirumah panjang mematuhi pekara yang sama.

Kata mereka lagi, sambutan hari gawai kali ini adalah untuk ahli keluarga yang tinggal dalam bilik yang sama. 

Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong dan Ketua Polis Daerah (KPD) Tatau Jame Reis telah melawat beberapa buah rumah panjang bagi meninjau pelaksanaan SOP di rumah-rumah panjang di Daerah Tatau baru-baru ini. 

Dalam pada itu, pelaksanaan SOP di Rumah Mat telah menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai dan menyeru semua masyarakat Dayak mencontohi rumah panjang tersebut. -EDISI UKAS

Share
0