Rumah Panjang Dan Sebuah Sekolah Rendah Di Bakong Dikenakan PKPD Terima Bantuan Makanan

AHAD, 30 MEI 2021

BELURU: Sebuah buah rumah panjang, Rumah Egang Sami dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Selepin di Daerah Beluru telah menerima bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) Bahagian Miri pada Sabtu. 

Kedua-dua rumah panjang itu menerima bantuan makanan dan barangan keperluan bayi seperti susu bayi dan kampin pakai buang. 

Rumah Egang menerima 153 pek makanan, 15 paket susu dan 14 paket lampin pakai buang, manakala SK Sungai Selepin pula menerima 11 pek makanan, satu pek susu dan satu paket lampin pakai buang. 

Ini disebabkan adanya kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dan kedua-dua rumah panjang tersebut telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 27 Mei hingga 9 Jun 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment