Seramai 371 Lagi Individu Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin COVID-19 Di PPV Bau

AHAD, 30 MEI 2021

BAU: Seramai 371 lagi individu menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Bau pada Sabtu.

Rata-rata penerima yang melengkapkan suntikan dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac itu adalah golongan warga emas dan golongan berisiko.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pusingan pertama fasa kedua itu diadakan di Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak.

Program dikendalikan oleh petugas kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau, Klinik Kesihatan (KK) Singai, KK Serasot, KK Krokong, KK Siniawan, KK Ibu dan Anak Bau serta Pusat Kuarantin Bau.

Turut membantu dalam melancarkan program tersebut adalah petugas dari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

Share

add comment