Seramai 450 Penduduk Kampung Tanjung Klaso Jalani PKPD

AHAD, 30 MEI 2021

SIMUNJAN: Seramai 450 orang penduduk daripada 86 keluarga di Kampung Tanjung Klaso di sini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 28 Mei lepas sehingga 10 Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Samarahan telah menasihatkan agar penduduk kampung sentiasa mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Penduduk juga dimohon memberikan kerjasama yang baik kepada petugas barisan hadapan sepanjang tempoh PKPD dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 ini.

Tinjauan pada Sabtu mendapati PKPD di kampung tersebut dalam keadaan terkawal dengan pergerakan penduduk terhad di kawasan kediaman masing-masing.

Para penduduk juga menjalani ujian saringan COVID-19 selepas dilaporkan kes jangkitan tempatan yang meningkat. -EDISI UKAS

Share

add comment