2600 KIR Terima Kek Gawai Sumbangan Ahli Parlimen Tanjong Manis

ISNIN, 31 MEI 2021

SARIKEI: Sejumlah 2600 Ketua Isi Rumah melibatkan 136 buah rumah panjang di kawasan Parlimen Tanjong Manis telah menerima sumbangan Kek Gawai dari Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab.

Pengagihan sumbangan dengan peruntukan sebanyak RM130,000 itu telah selesai pada 30 Mei 2021 sejak ia dimulakan pada 27 Mei yang lalu.

Semasa menyerahkan sumbangan, Ir Yusuf turut berkesempatan memberi penerangan tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini dan BKSS 6.0 yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg baru-baru ini.

Beliau serta keluarga dan warga kerja Pusat Khidmat P.206 Tanjong Manis turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai yang bakal tiba kepada seluruh warga Iban khususnya di kawasan Tanjong Manis.

Selain itu, beliau juga berpesan agar semua penduduk menyambut Gawai kali ini dengan gembira serta tidak mengabaikan penjagaan SOP kawalan COVID-19 susulan peningkatan kadar kes yang membimbangkan di Sarawak.

Harapannya agar semua penduduk di kawasan Tanjong Manis sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan dilindungi dari wabak yang berbahaya itu. – EDISI UKAS

Share

add comment