ADUN Lingga Hulur Sumbangan Gawai Kepada Rumah Panjang Di Kawasan Lingga

ISNIN, 31 MEI 2021

LINGGA: Sempena dengan perayaan Hari Gawai Dayak yang bakal tiba, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga menghulurkan sumbangan kepada penduduk rumah panjang di kawasan Stumbin, Seduku dan Ladong, pada Ahad.

Sumbangan disampaikan oleh Naib Ketua Cawangan Parti Bumiputera Bersatu (PBB) N28 Lingga, Kunjang Nanang kepada penduduk di kawasan tersebut iaitu Stumbin, Gran, Entulang, Terusan, Putat, Skra dan Pruan yang melibatkan 477 pintu daripada 22 buah rumah panjang.

Sehubungan itu, Simoi berharap agar sumbangan tersebut dapat membantu dari segi persiapan Gawai dan terus kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. –EDISI UKAS

Share

add comment