ADUN Lingga Serah Sumbangan Gawai

ISNIN, 31 MEI 2021

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menghulurkan sumbangan sempena Hari Gawai Dayak kepada penduduk di rumah panjang di kawasan Lingga, Stumbin dan Seduku pada Sabtu.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada 307 pintu melibatkan sebanyak 14 buah rumah panjang daripada Lingga, Tanjung Aboi, Seduku, Stumbin, Tawang, Tajor, Sembayang dan Tanjung Bijat.

Dalam pada itu, Simoi berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dalam persiapan gawai dan setiap penduduk rumah panjang untuk sentiasa mematuhi garis panduan semasa menyambut perayaan kelak.

Hadir sama ke majlis tersebut AJK PBB Cawangan Lingga, Suntai Tinggi dan Rusli Ayup.-EDISI UKAS

Share

add comment